Seluruh dunia kenal dan tahu akan
kehebatan, keberanian dan keperkasaan
pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi
dalam peperangan Salib. Di bawah
panglima besar ini, beberapa bumi Islam
kehebatan, keberanian dan keperkasaan
pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi
dalam peperangan Salib. Di bawah
panglima besar ini, beberapa bumi Islam
dapat dibebaskan dari penjajahan tentera
salib kristian.
Beliau telah mencurahkan segala kudratnya
dalam perang ini untuk mengembalikan
maruah umat Islam yang dipermainkan
oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang
telah dijajah oleh Kristian selama 90 tahun
akhirnya telah dibebaskan.
Kekayaan Negara-negara Islam yang dapat
dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk
kepentingan rakyat dan mempertahankan
negara daripada serangan musuh. Di Mesir,
Salauhuddin membina sebuah benteng
tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari
1 kilometer.
Di Damaskus pula didirikan rumah atau
tempat bagi orang-orang miskin. Begitu
juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara
yang pernah ditadbir oleh panglima besar
ini di mana terdapat banyak bangunan-
bangunan yang untuk kebajikan rakyat.
Setelah bertahun-tahun memimpin negara
Islam dan berperang melawan tentera Salib
bersama ayah mertuanya yang bernama
Nuruddin Az-Zanki, tibalah masanya
Salahuddin kembali ke rahmatullah. Di saat
kewafatannya berlakulah peristiwa yang
amat menyedihkan.
Orang-orang besar dan kerabat diraja
menyaksikan kewafatan beliau sambil
mengalirkan air mata di atas pemergiannya.
Orang ramai juga lebih terharu lagi apabila
membuka tempat penyimpanan hartanya
kosong dan begitu juga dengan harta
kerajaannya kosong.
Semuanya telah digunakan untuk perang
dan kebajikan rakyat. Hinggakan untuk
membeli kain kafan pun tidak ada. Maka
pembesar-pembesar dan raja-raja berpakat
untuk mengutip derma bagi membeli kain
kafan untuk pengurusan jenazah panglima.
Ini membuktikan bahawa panglima tidak
memikirkan sama sekali tentang dirinya.
Semuanya dicurahkan demi kepentingan
Islam yang tercinta semata-mata. Allahu
Akbar, semoga Allah mencucuri rahmat ke
atasnya.
salib kristian.
Beliau telah mencurahkan segala kudratnya
dalam perang ini untuk mengembalikan
maruah umat Islam yang dipermainkan
oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang
telah dijajah oleh Kristian selama 90 tahun
akhirnya telah dibebaskan.
Kekayaan Negara-negara Islam yang dapat
dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk
kepentingan rakyat dan mempertahankan
negara daripada serangan musuh. Di Mesir,
Salauhuddin membina sebuah benteng
tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari
1 kilometer.
Di Damaskus pula didirikan rumah atau
tempat bagi orang-orang miskin. Begitu
juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara
yang pernah ditadbir oleh panglima besar
ini di mana terdapat banyak bangunan-
bangunan yang untuk kebajikan rakyat.
Setelah bertahun-tahun memimpin negara
Islam dan berperang melawan tentera Salib
bersama ayah mertuanya yang bernama
Nuruddin Az-Zanki, tibalah masanya
Salahuddin kembali ke rahmatullah. Di saat
kewafatannya berlakulah peristiwa yang
amat menyedihkan.
Orang-orang besar dan kerabat diraja
menyaksikan kewafatan beliau sambil
mengalirkan air mata di atas pemergiannya.
Orang ramai juga lebih terharu lagi apabila
membuka tempat penyimpanan hartanya
kosong dan begitu juga dengan harta
kerajaannya kosong.
Semuanya telah digunakan untuk perang
dan kebajikan rakyat. Hinggakan untuk
membeli kain kafan pun tidak ada. Maka
pembesar-pembesar dan raja-raja berpakat
untuk mengutip derma bagi membeli kain
kafan untuk pengurusan jenazah panglima.
Ini membuktikan bahawa panglima tidak
memikirkan sama sekali tentang dirinya.
Semuanya dicurahkan demi kepentingan
Islam yang tercinta semata-mata. Allahu
Akbar, semoga Allah mencucuri rahmat ke
atasnya.